Mission & Core Values


Games

     




   

   
Read more

Tajuk Buku : Isu-Isu Kenegaraan Siri 5

Isu-Isu Kenegaraan Malaysia Siri 5

ISU-ISU KENEGARAAN SIRI 5

Isu-Isu Kenegaraan Malaysia Siri 5 merupakan kesinambungan dari projek penulisan buku yang sama, dihasilkan oleh penulis bersama dengan beberapa kumpulan penyelidik bebas untuk menganalisis secara mendalam tentang sejarah pembentukan negara, perkembangan politik, perubahan sosial, pendidikan, perlembangaan, budaya, agama dan hubungan antarabangsa.

Penghasilan buku ini adalah bertujuan untuk memberi kefahaman tentang pelbagai isu-isu semasa yang berlaku disekeliling kita pada masa kini. Dalam kesibukan kita menjalani kehidupan seharian, seringkali kita terlupa bahawa terlalu banyak perkara yang kita tinggalkan dan terlepas pandang terutamanya dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diterima.

Di samping itu, kita juga hendaklah sentiasa memantapkan dan meningkatkan tahap daya saingan dengan negara-negara maju dan memartabatkan kemulian insan yang perlu dipertahankan semasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab di mana sahaja kita berada. Adalah diharapan pengkaryaan buku ini dapat menyumbang kesedaran patriotisme dan nasionalisme yang lebih mendalam di kalangan rakyat Malaysia.

Hasil penulisan ini merupakan sebahagian daripada cabaran kepada penulis-penulis untuk menghasilkan karya mengenai negara kita sendiri menurut kaca mata nasional. Ini disebabkan kebanyakan buku sejarah Malaysia yang awal disifatkan sebagai penulisan yang berbentuk western-centric. Para penulisnya pula terdiri daripada pegawai-pegawai British yan bertugas di negara ini. Justeru itu, memang terdapat begitu banyak bias dalam penuisan mereka.

Buku ini sesuai untuk dijadikan rujukan kepada para pelajar yang mengikut mata pelajaran Sejarah Malaysia dan Kenegaraan Malaysia sama ada di peringkat sekolah menengah atas, maktab, kolej dan universiti. Buku ini juga sesuai untuk dijadikan bahan bacaan umum untuk menambahkan lagi kefahaman dan mengukuhkan kesedaran kenegaraan di kalangan para pembaca.

ISBN : 978-983-3426-43-0

Harga : RM50.00