Senario semasa tentang teori pentadbiran Islam banyak menimbulkan pelbagai
pendapat dan tidak kurang pula ada yang bersikap skeptisma. Ini mungkin merujuk
kepada makna Islam itu sendiri yang mungkin dilihat hanya sebagai satu dimensi
ritual semata-semata. Malah tidak kurang yang risau kalau-kalau ia boleh membawa
kepada nilai-nilai "extreme".
Maka ini yang cuba dibuktikan oleh penulisan buku ini, apabila hujah-hujah
ilmiah dan hakikat Islam sebagai cara hidup dan dimensi tamadun dijelaskan,
adalah diharapkan agar bayang-bayang skeptisma terus menghilang dari hati mereka
yang ragu-ragu.
Di dalam buku ini juga ada dibincangkan mengenai pengislaman pentadbiran yang
menjadi jawapan praktis kepada para penyokong pengurusan bermaruah untuk
mengembalikan sistem pentadbiran kepada kedudukan asalnya.